Generally First Year in UKM

by - 2:15:00 PM



Assalamualaikum and hi hello (*^ワ^*)


So here it goes, the second part of my babbling haha. The first part comprises of my life as computer science student, so here I'll share my life as a UKM student overall.


Rasanya bab-bab macam ni, lagi selesa guna BM kan? Jadi, izinkan saya membebel dalam manglish ya >,<


So far, bila mula-mula masuk U, memang rasa jadual kelas tak padat sangat macam waktu sekolah or matrik dulu-dulu. Tapi kalau ikut kos saya, especially first year, kami punya jadual continuously selalunya, tak ada gap in between. Macam dari pukul 8 sampai 2, mesti kuliah/kelas, nonstop. Tapi kadang-kadang kalau lecturer lepas awal sempat je nak singgah kafe beli makanan ke sarapan apa semua.


Kalau ikut timetable saya, hari Jumaat saya tak ada kelas. Freedom haha! Tapi cuti pada hari Jumaat tu bukan percuma tahu, kami 'bayar' cuti kami pada hari Rabu. Hari Rabu, paling padat dan koyaks sebab kelas dari pukul 8 pagi sampai 4 petang, nonstop. (tapi macam yang saya cakap la, kalau lecturer lepas awal boleh je pergi makan dulu huhuhu)


Lepas tu,  kalau nak hidup dekat sini, saya selalu kena pesan dekat diri saya supaya pandai-pandai bawak diri. Orang-orang yang terdekat, macam roommate ke, kawan roommate ke, jiran depan bilik ke, kawan sekolah dulu ke, diorang memang banyak la memainkan peranan dalam membantu hidup saya di sini, serious lah, kalau diorang tak ada memang I'll be awfully alone. Tapi when it comes to your life, you should really help yourself. Ini sebab, everyone will be self-concerned, diorang pun cuba membantu hidup diorang sendiri, so kita pun kena belajar doing this on our own.


Fakulti


Dari perspektif saya sebagai penghuni Kolej Pendeta Za'ba, fakulti yang paling dekat ialah FTSM (Fakulti Teknologi & Sains Maklumat) yakni fakulti sayaaaa >,< Memang nak pergi ke fakulti tu jalan kaki je, turun bukit sikit. Selalunya dalam 5 minit macam tu dah sampai. Tapi kalau dari fakulti nak balik ke kolej, memang kena tabah sikit la naik balik bukit tu. Yep, selalunya nak balik kolej memang akan makan masa lebih dari 5 minit. Naik bukit kan lebih penat dari turun bukit. Sama lah macam naik tangga lebih penat dari turun tangga.


Fakulti yang boleh dikira dekat tapi tak berapa nak dekat ialah FKAB (Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina), sebab selalunya bila saya naik bas, bila lalu dekat FKAB, rasa macam takdelah jauh mana (tapi takdelah sedekat FTSM yang boleh berjalan kaki dengan bahagia ke kelas) Dan tak silap saya ada shortcut dekat belakang Blok A2 untuk pergi ke FKAB tapi saya masih tak berapa nak pasti sebab belum pernah lalu lagi. Maklumlah saya masih first year dan tak banyak berjalan lagi.


Kalau ikutkan, FST (Fakulti Sains & Teknologi) pun dikira dekat, tapi yang menjadi halangan dia cuma laluan bukit yang curam lagi memenatkan tu je. Actually abang saya kata dulu laluan ke FST tu tak ada pun (back in 2007), so laluan tu boleh dikira shortcut la untuk ke FST. Tapi siapa lah tabah untuk naik bukit curam pergi ke kelas hari-hari. Kalau ada tu alhamdulillah, sihat cergas badan dia.


Dulu waktu MMM, lepas perang dectar, kami ikut laluan tu jugak untuk balik ke kolej. Huhu serious penat, nasib baik waktu malam, tak ada matahari terik-terik. Lepas tu, minggu lepas, ada rezeki ikut laluan tu lagi. Kali ni atas kerelaan sendiri (acewahh) sebab nak pergi Pusanika (hari Ahad, bas Zon 2 tak ada) Pergi Pusanika dari Za'ba jalan kaki you alls. Gigih tak gigih tak?


Sebelum laluan bukit tu, ada lagi laluan shortcut yang lagi memenatkan. Shortcut ke Kolej Ibrahim Yaakub (KIY). Naik bukit lagi nauu, highlanders katenya. Pernah lalu sekali lah waktu Explorace MJM dari fakulti dulu.


Kafe / Makanan / Fasiliti



Kafe di Za'ba amat dikenali dengan kepelbagaian pilihan makanan, sebab ada banyak kiosk yang jual makanan di sini. Kedai yang saya selalu pergi ialah kedai 'thai food', selalu jugak lah makan dekat situ sama-sama dengan roommate. Dekat sebelah kanan kedai tu ada jual roti canai kot tak silap, hmm tak pernah beli lagi. Dekat sebelah kiri dia pulak, ada jual cendol.


Selain tu, ada Kiosk 4 Community, Uncle Bob (kalau ikutkan saya panggil Pop Chicken), dan apa ntah nama kedai sebelah Uncle Bob tu, selalu jugak beli nasi paprik dekat situ waktu malam haha. Kedai mamak pun ada, kawan selalu datang makan situ sebab ayam goreng dia besar, bila saya pergi kedai mamak, saya wajib lah ambik ayam madu kannn >,< kebab percuma pun ada, tapi kalau sekarang entah ada lagi ke tak.


Untuk korang yang berlidah western, kedai western food pun ada. Ada sorang kawan yang lain ni minat spaghetti carbonara, kalau ada apa-apa dia ni senang diupah dengan spaghetti carbonara. Tapi selalunya kalau korang order dekat kedai ni, yang jaga dekat kaunter tu suka panggil nama korang kuat-kuat sampai satu dunia dengar. Sebab tu kalau nak order dekat situ, saya tak nak guna nama sebenar hahahaha. Selain tu, kalau korang nak beli roti ala-ala bakeri, boleh la datang myKafe ^^


ATM (Bank Islam), Koop, dobi, kedai repair phone/laptop, kedai print & fotostat semua ada. Bilik kami tak ada kabel internet macam sesetengah kolej lain, so kalau nak bukak internet, guna wifi je. Wifi yang macam wifi hotel, yang kena log in username & password baru boleh access. Kadang tu laju, kadang tu tak. Depends kot ramai ke tak yang guna. Wifi ni free, kuota 10GB sebulan. Username & password tu selalunya akan dapat lepas dah daftar as students.


Transportation



Selalunya first year macam kami, yang tak boleh bawak transport sendiri ni, akan naik bas kalau nak pergi ke tempat lebih jauh dari kolej (macam Pusanika, PTSL, stadium, padang and ofc DECTAR) sebab yuran bas ni dah bayar siap-siap waktu bayar yuran kolej/fasiliti semua benda tu. So better manfaatkan daripada terbazir duit tu kan? Ada 3 zon bas, Bas Zon 2, Zon 3 dan Zon 6. Setiap zon ni ada laluan dia masing-masing. Memandangkan lepas habis cuti midsem ni akan ada perubahan lagi dengan laluan bas ni, so saya takkan ulas lagi lah pasal laluan-laluan bas ni sebab saya sendiri pun unsure since dah ada perubahan tu. Nak tahu lebih lanjut boleh pergi sini. Bas RapidKL ke Kajang pun selalu je lalu, tapi syaratnya kena bayar seringgit la. Tu yang jarang naik hoho.


Kadang-kadang kalau nak keluar dari UKM ke, nak pergi jauh-jauh ke, kami akan naik KTM. Stesen KTM tu betul-betul sebelah UKM je, tapi kalau nak ke sana boleh naik Bas Zon 6. Kalau nak lebih cepat dan mudah, guna Grab/Uber je, instead of naik KTM. Memandangkan kami ni masih lagi student dan tak berapa nak ada duit, kami manfaatkan promocode yang ada untuk discount. Promocode-promocode tu ada banyak je, boleh cari dekat Google. So far, saya naik Grab 4 kali je. KTM masih preferable sebab murah.


Okay, setakat itu lah saya nak ulas pasal hidup saya dekat sini. Kalau ikutkan ada banyak lagi ni nak tulis, pasal monyet, library, pusanika, mee tarik, program usrah, dan persatuan-persatuan yang ada dekat sini. Tapi nantilah kita sambung. Beralih ke part 3 ahahaha. Wassalam.



best wishes, 

You May Also Like

1 comments

  1. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    ReplyDelete