Preparation to Indonesia (ASEAN Exchange Program 2018)

by - 1:45:00 AM




Assalamualaikum w.b.t.


Sebab ada permintaan daripada beberapa orang kawan, saya menggigihkan jugak diri untuk buat entri ni walaupun rasa malas masih berleluasa huehuehue. Malas nak ulas panjang-panjang, I just keep things sweet and simple memandangkan waktu tengah menaip ni pun dah tengah malam-malam buta. Nak acah kelawar tapi tulah tak berapa nak menjadi sangat esok pagi aii kena teman mama pergi Mydin.


BORANG

Firstly kalau nak sertai program ni, of course la kena isi borang dulu kan. Rasanya first-first dulu, memang akan ada 'blast' dekat whatsapp group pasal program ni and siapa-siapa yang interested, boleh isi google form dulu. Dari google form nilah coordinator contact korang and added you to the whatsapp group.


Ada 4 universiti yang di'offer', UNSRI, UIN, UBL and UPI (as in 2018)
UNSRI - Palembang
UIN- Malang
UBL - Jakarta
UPI - Padang


Kalau korang tak tahu nama-nama tempat yang aku mention tu, bawak-bawak study la ye geografi Indonesia dulu. Tu google maps ada.


People always confuse me going to Jakarta. No, I'm in Palembang one. In UNSRI. Jakarta dekat Kepulauan Jawa. While Palembang dalam kelompok Sumatera. Indonesia is a very big country, way bigger than us, yes. Sebab tu la, please jangan confuse guys.


And at first, aku mohon untuk UPI (Universitas Putra Indonesia). Tapi coordinator (Dr. Effendy) recommended me to go to UNSRI (Universitas Sriwijaya) instead because they haven't heard anything yet from UPI. Untuk elakkan risiko aku tertunggu-tunggu, better go to the one yang dah acknowledged and confirmed to collaborate dengan UKM instead.


Okay, back to borang. After dah isi google form, masuk dalam ws group, nanti coordinator akan sent lagi borang-borang yang lain yang kita kena print and isi. Macam borang kemasukan ke universiti, borang medical check-up, borang dana mobiliti dan pusat zakat UKM and so on. Tapi jangan rasa macam leceh sangat, semua benda tu di'settle'kan satu per satu. Takde rushing-rushing sangat.


Dokumen yang selalunya akan diminta:
- Gambar passport
- salinan kad matrik
- result MUET / IELTS
- result semester lepas
- salinan passport


MEDICAL CHECK-UP

Yes, folks. Kena buat medical check-up balik. Sebab macam universiti yang saya pergi tu, they want the latest medical check-up. Walaupun kita pernah buat medical check-up sebelum masuk U dulu pun, kena buat balik since diorang nak yang latest. Takpelah, pergi jelah ke Pusat Kesihatan UKM tu and buat medical check-up. Hari tu pun aku pergi sorang je. Sekejap je medical check-up tu. Sebab tak ramai orang kan.


Borang medical check-up tu pun nanti coordinator akan bagi. Pastu kena hantar sekali dengan borang kemasukan universiti tu.


PASSPORT

Yang mana belum ada passport tu, of course la kena pergi buat, aiyo. Aku pun buat dekat Pejabat Imegresen Kajang je, yang atas Hentian Kajang tu. Naik lif lepastu pergi level berapa ntah tak ingat tapi naik satu tingkat jela huehue. Bayaran is RM200 for 5 tahun tak silap.


SUBJECT / COURSES

Pun depends on universiti jugak. Lain universiti lain kos yang dia offer. Kalau aku, aku ambik Game Programming dan Professional Ethics. Nasihat aku tak payah nak sakit jantung sangatlah bila tengok nama subjek-subjek tu. Dengar je macam gah / scary / susah tapi alhamdulillah aku masih hidup aman tenteram sampai sekarang.


Rasanya courses yang diorang offer kat kita tu memang courses yang ringan-ringan je, tak gamak ehh depa nak bagi courses berat-berat dekat exchange student. Even student yang dari Indonesia ke UKM pun pihak universiti kita offer kursus-kursus citra je kat diorang.


So, fret not kay.


And lagi satu, jangan tertekan sangat kalau tak reti speaking english pun. Dekat sana pembelajaran in bahasa Indonesia. Presentation pun prof-prof dekat sana izinkan je kalau nak guna bahasa Malaysia. That's the purpose of this program. Pertukaran bahasa gitu.


FLIGHT TICKETS

Kalau nak beli tiket flight, better korang jumpa ramai-ramai dulu and decide the date and time untuk fly. Rasanya nak dekat-dekat fly nanti coordinator akan bagi jadual / timetable untuk aktiviti harian dekat sana nanti tak silap. Dekat jadual tu mesti ada tarikh yang tertulis 'Arrival of students' macam tu la tak silap, tarikh tu la korang fly.


Tiket flight aku ada la dalam RM500+. Itupun bila dah tambah check-in luggage, travel insurance, makanan dalam flight. And sebab dia tiket pergi and tiket balik. Kalau nak tiket one-way saja, maybe dalam RM250+.


And no, kami tak kumpul dekat UKM dulu before terbang. Kami kumpul dekat KLIA2 sebelum terbang.


DANA MOBILITI / BANTUAN ZAKAT

Kalau rasa-rasa perlukan bantuan dari segi kewangan, boleh mohon dana mobiliti UKM Global dengan bantuan Pusat Zakat UKM sekali. Tak payah pening kepala, kita semua mohon benda ni in group, not individually. Better kalau ada sorang yang in-charge tolong kutip borang permohonan and sent it to that pihak, sebab kalau group kami, kami buat macam tu. Dan borang permohonan ni pun nanti coordinator akan bagi dalam ws group. Selalunya dalam borang permohonan ni dokumen-dokumen yang dia mintak tu sama je macam dokumen yang aku listkan dekat atas tadi. So dokumen yang aku listkan tu, fotostat la extra kalau boleh.


DUIT

So... duit. Untuk pengajian akademik korang kat sana, UKM dah tanggung. Maksud aku, duit untuk belajar subjek yang korang daftar tu la, tak payah bayar. Fully sponsored orang kata. Duit yang kita perlu ialah duit untuk bayar penginapan + pendaftaran + sara hidup diri sendiri di sana.


Penginapan (wisma) = 1,000,000 rupiah (RM 286)
Pendaftaran = 200,000 rupiah (RM 57)
Duit yang aku belanja di sana (makan / etc untuk 1 bulan) = 1,000,000 rupiah (RM 286)
// duit-duit yang aku belanja ni cuma anggaran kasar je, so you kinda got the picture //
// please noted lain universiti lain amaun bayaran yuran dia, ni based on universiti yang aku pergi //


Total duit yang aku exchange dekat money changer = RM 600 (2,150,000 rupiah)


Aku ada bawak keluar duit dekat ATM dekat sana since duit yang aku bawak masih tak cukup ngeeee. Tapi kena charge RM 10 dari account anda ye anak-anak.


And duit belanja aku tu, aku tak kira sekali dengan duit beli souvenir segala. Duit beli souvenir aku asingkan. Senang cerita, bawak duit untuk penginapan + makanan dulu, itu lebih penting. Duit souvenir belakang cerita. Kalau tak cukup duit nak beli souvenir boleh bawak keluar dekat ATM.


Okay, so, aku cuba calculate sekali dengan passport + ticket flight tadi.

Passport* = RM 200
Flight ticket = RM 500+
Sara hidup / yuran = RM 600+
Total budget (anggaran kasar, not accurate) = RM 1,300+


Tapi tu anggaran kasar je tau. In case la kalau betul-betul nak pergi sana, jangan sediakan duit cukup-cukup je. Kalau boleh sediakan la duit spare banyak sikit supaya tak susah di kemudian hari.


ATM

Duit poket habis? Jangan risau, ATM kan ada (apahal aku jadi macam iklan Trivago pulak ni) Tapi anak-anak, tolong aktifkan kad ATM korang supaya dia boleh buat transaksi di luar negara ya sebelum berangkat. Kalau guna Bank Islam, call je nombor telefon yang ada dekat belakang kad ATM korang tu dan cakap je "Nak aktifkan transaksi di luar negara" nescaya akak operator akan tolong anak-anak sekalian. Kalau tak aktifkan kad tu maka tak boleh bawak keluar duit ye anak-anak.


Kalau bank-bank lain, wallahua'alam aku tak tahu. Cuba-cuba la google "Overseas Transaction for [insert bank name]".


TRAVEL ADAPTER

Kepala plug Indonesia tak sama nau dengan kita punya. Plug dekat dinding-dinding di Malaysia ni rata-ratanya 3-pin tapi di Indonesia sana no no no no diorang cuma ada 2-pin. So jangan lupa cari travel adapter, merata ada jual, Mr. DIY, Tesco, etc.


PERSONAL PREPARATION




Dekat sini aku ada buat list barang-barang yang perlu dibawak everytime nak pergi travel untuk memudahkan korang dan diri aku sendiri sebab asalnya list ni memang aku buat untuk diri sendiri yang rujuk tapi takpelah sharing is caring orang kata.

HERE <

Okay so itu je yang aku nak share about preparation going to Indonesia. Part 2 coming up about my experience there! Stay tune! (acah youtuber)


[ UPDATED: PART 2 ]



best wishes, 

You May Also Like

4 comments

  1. bestnya you sambung dekat indonesia. dekat ukm kena ada syarat ka kalau jadi exchange student?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada syarat macam kena lepas certain pointer baru boleh pergi etc. tapi tak strict, sebab tu even saya first year pun dah boleh pergi XD

      Delete
  2. bestnya dapat join exchange student. sambil belajar, sambil cuci mata. ^^

    ReplyDelete