A Month in Palembang 💗

by - 6:26:00 PM




Assalamualaikum w.b.t.


Like I promised, I would like to share my experience going abroad for a month. This entry will be a little bit boring because I just don't know how to spice things up.


Jika ada anak-anak UNSRI terbaca ini, maafin aku ya karna jarang sekali ngobrol sama kalian. Aku ini pemalu sejak lahir wkwkwk


Here is part 1, mainly about preparation pergi ke sana.


Arrival;

Sampai-sampai sana, ada LO (Liaison Officer aka faci kalau di Malaysia) yang jemput kami. Ada jugak Pak Ihsan, dia yang in-charge dalam uruskan transfer student.


LO(s) kat sana memang friendly. They don't hesitate to strike up a conversation with us first walaupun kami ni berbeza negara gitu. I admire their efforts of making us feel comfortable there.




Wisma;

Kami tinggal di wisma selama satu bulan duduk kat sana. Wisma tu macam rumah penginapan, lokasi dia dekat luar universiti, and kami agak bertuah sikit la sebab tempat tinggal kami tu agak selesa. Satu bilik dua orang, macam kat KPZ, tapi yang bestnya setiap bilik kami ada air-cond dengan TV. Oh, bilik air pun dalam bilik. So, no issues regarding self-privacy. Memang terbaik lah 👍👍👍





Transportation and campuses;

Our main transportation is bus. Bas yang memang fakulti dah sediakan. Kalau dari wisma ke fakulti, adalah dalam 5-10 minit naik bas (aku tak reti measure masa hikhok) tapi nak tunjuk la jarak tu tak sejauh mana.




UNSRI ada dua kampus, satu dekat Inderalaya, satu dekat Palembang (which we were attending). The main campus is the Inderalaya campus, so kalau ada certain hari kami kena pergi Inderalaya, macam bila ada kelas dekat sana and bila ada acara formal macam opening ceremony dan closing ceremony, kami kena pergi ke Inderalaya. So, nak bagi senang paham;

Kelas biasa dekat kampus Palembang >> 5-10 minit naik bas

Kelas atau acara rasmi di Inderalaya >> 2 jam naik bas


So nak tunjuk la jarak antara kampus Palembang dengan kampus Inderalaya tu jauh. Macam UKM kampus Bangi dengan UKM kampus KL gitu. Kami ni macam attending kampus KL, bila ada acara penting baru datang kampus Bangi. Ada paham?


Classes;

So far okay la, kelas tak packed pun. Pagi-pagi macam biasa, bangun, naik bas, pergi kelas. Pukul 11 sampai 1 tu break, waktu break tu free la nak pergi makan ke solat ke. Beza waktu ID dengan MY is 1 jam, contoh macam kalau kita pukul 2 diorang baru pukul 1. Kelas betul-betul habis pukul 3 or 3.30. Awalnyeeee.


Dulu ada jadual kelas dalam gallery phone tapi dah terdelete. Maap ye tak dapat tunjuk.


Classmates pun alhamdulillah okay. Ada borak-borak dengan sorang classmate ni, dia memang peminat Upin & Ipin. Upin & Ipin ni memang famous sesangat dekat sana, so asal nampak orang Malaysia ja automatically diorang ingat Upin Ipin lol.


Hah pasal subjek. Rasanya dah tulis dalam part 1. Tapi kalau nak minta pencerahan lagi, boleh tanya secara personal. Eh bajet lecturer gitu.


Oh lupa. Final exam kami presentation. Tak ada exam bertulis.


classmates Game Programming.


classmates Professional Ethics.


Jalan-jalan;

Hari-hari yang tak ada kelas ialah Jumaat, Sabtu dengan Ahad, so itu memang free time untuk kami lah. Memandangkan Palembang ni ala-ala Melaka, so tourist attraction dia banyak la yang berkaitan dengan sejarah. So lawatan sejarah (under fakulti) tu banyak la.


Bila tak ada aktiviti under fakulti, kami samada pergi mall atau lepak di BKB atau Jembatan Ampera. Mall dekat sana pun macam dekat Malaysia, besar cantik, so jangan sesat ya.


Siap ada roller coaster hahahaha. Image credit to Muhtasim.


Jembatan Ampera ni macam trademark Palembang. Kan kalau siapa-siapa mention Melaka, mesti benda first yang kita fikir A Famosa. Kalau siapa-siapa mention Teluk Intan, mesti benda first yang kita fikir Menara Condong. Sama la Palembang, bila siapa-siapa mention Palembang, benda first yang kita kena fikir ialah Jembatan Ampera. Kenapa Jembatan Ampera? Sebab dia ada nilai sejarah.


glowing dia waktu malam.




Pagoda dekat Pulau Kemaro.


Dekat Trampoline tapi tak main pun.


Banyak je lagi gambar tapi mostly aku dah share dekat ig.


Student-student UTM join kami after 2 weeks. Diorang dari Pagar Alam. So, kami dari 13 orang dah jadi 26 orang.






Benda yang aku tak boleh lupa dekat sana ialah bila aku sakit. Aku tak tahulah samada ini yang dinamakan 'travel sickness', rasa tak sedap badan dalam proses nak sesuaikan diri dengan environment tempat baru, atau negara lain. Senior-senior tahun lepas pun cakap memang benda normal kalau sakit/demam/muntah kalau datang tempat baru sebab our body is not used to it.


Jadi jangan lupa bawak ubat eh. Sebab most of us sakit, tak semua, yang mana yang tak sakit tu memang dikira lucky la. Itulah asam garam bila keluar ke tempat baru. Dekat negara mana-mana pun sama, kalau tak biasa boleh je jatuh sakit. Aku pun tak expect langsung boleh jatuh sakit, tapi kan sakit tak mengira siapa. Alhamdulillah aku cepat baik.


And I want to thank the LOs since diorang pun baik hati jaga aku waktu sakit. They give me foods, etc. Rasa dihargai sangat-sangat.


Last week;

Minggu last ialah minggu yang aku tak boleh lupa sebab, yelah, we realized this is the last chance we had there. There was a lot of memories we created together, we went from places to places and another places together, sambut birthday la, singgah rumah jumpa mak ayah diorang la and so on. I don't know how to describe, it was a miracle we got to be that close to each other for a period of a month.


Aku ingat lagi waktu aku tak boleh masuk bilik. First, sebab kunci bilik tak ada kat aku and second, roommate aku tak balik wisma lagi. So, aku pun ikut akak-akak lain lepak depan bilik LO. Hampar tikar macam picnic depan bilik tu hahahah. Lepas tu main UNO, ya Allah. Memang bising depan bilik tu. Tapi itulah, best sebab aku rasa itulah masanya aku betul-betul, properly, interact dengan diorang.


Yang aku tak boleh lupa ialah the last day. Lepas puas shopping souvenir dekat Ramayana, after Asar aku ikut kak syi dengan kak ecah cari makanan macam keropok-keropok macam tu dengan Maman. Jenuh la kami berjalan, waktu tu rasa best sebab we are freely roaming the street, kami jalan kaki, lalu depan Kantor Wali Kota (sempat tangkap gambar lagi), pergi ke BKB sebab nak cari souvenir lagi. Aku ingat lagi conversation dengan kak ecah "Macam tak percaya lagi 24-jam lagi ni kita semua dah dekat rumah," padahal right at that time we were literally still walking on Palembang's land. Rasa macam, wow, beza sangat situasi 5.30pm sekarang dengan 5.30pm esok.


Oh, lagi satu. Abang Chatime. HAHAHAHAHAHA. Aduhai 😂 What happens in Palembang, stays in Palembang jelah.






Punya lah sakan cari souvenir sampai malam. Tak silap aku hari tu ada acara opening Asian Games 2018 tapi kami tak sempat tengok dek sibuk cari souvenir. Waktu makan malam, kak syi ada tegur kata aku ni banyak cakap semacam malam tu. Bukan apa, aku fikir dah alang-alang berapa jam lagi je aku nak tinggal di sini, better la aku opened myself up. It was our last moment and my last chance.


So, aku tak nak cerita la how our departure went. Memang, full of tears.




Okay, setakat tu je kot aku share. Program ni memang satu pengalaman yang baru buat aku, memang ramai yang pelik kenapa aku join memandangkan tak ada kawan-kawan first year yang betul-betul rapat dengan aku tapi alhamdulillah, aku dah buat kawan baru, biarpun dari UKM mahupun Indonesia. Rasa macam kau dah accomplished satu benda yang bermakna walaupun bagi orang lain nampak macam remeh.


Till then.


best wishes, 

You May Also Like

8 comments

  1. suka aktiviti macam ni time zaman universiti. dulu students indonesia je datang kat kampus akak tapi kami xde pegi sana. menarik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh, in our case dua2 universiti involved transfer of students haha. yup, menarik, tak nyesal join haha

      Delete
  2. Seronoknya dapat buat student exchange.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha seronok :DD alhamdulillah ada rezeki pergi :)

      Delete
  3. wow such a nice experience! selalunya kalau student exchange ni dapat bilik dan penginapan yang istimewa sikit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha true! dapat macam special treatment sikit gitu

      Delete