Book Review; Kunci

by - 2:02:00 PM

Assalamualaikum and Hi.


Today's review going to be in Malay.


 


Tajuk: Kunci


Penulis: Ismi Fa Ismail


Tahun / Genre / Bahasa: 2017 / Seram / Bahasa Melayu


Sinopsis:

Sebatang besi yang kecil mampu membebas dan memenjara. Membuka dan menutup. Melindung dan memasung. Ia juga jadi tunggak kepada suatu penyelesaian. Dalam masa yang sama, pemutus harapan.

Kunci. Iya saya ingin menyerahkan anda satu kunci. Tapi terpulang samada anda ingin menerimanya atau tidak. Ada risiko, saya akui. Tapi saya juga ingin pesan, setiap risiko ada ganjaran. Pilihan di tangan anda. Kunci ini mungkin mampu mencelik mata anda kepada perkara-perkara baru, kunci ini juga boleh membuka minda anda kepada ruang-ruang yang anda belum pernah jelajah selama ini. Dan kunci ini, barangkali boleh menjadi satu item yang paling berharga anda pernah miliki. Iya ganjarannya besar. Tapi hanya untuk mereka yang layak. Bagi yang tidak layak pula, kunci kecil ini akan memerangkap anda di dalam satu ruang yang lohong. Di mana situ hanya ada kegelapan.

Pilih. Anda ingin teruskan membaca? Atau langkau sahaja rak novel ini. Mungkin ada novel lain dalam kedai ini yang lebih sesuai dengan jiwa anda. Bagi yang ingin menyertai saya pula, nah, ambil kunci ini, masukkan ke dalam lubangnya dan pulas kuat.


Review:

4.8 / 5

Prolog buku ni menceritakan tentang bau harum semerbak yang tersebar ke seluruh pelusuk sebuah kampung. Setiap orang kampung semuanya akan terhidu bau wangi itu. Kalau bau harum tersebar ke seluruh kawasan kita, walaupun kita akan musykil dari mana dia datang, mesti kita akan suka, kan? Fitrah kita kan sukakan bau-bauan yang wangi. Sampailah seorang budak terjumpa mayat wanita bergaun labuh warna putih tergantung di sebatang pokok, dan mayat tulah punca bau harum tersebut.


Permulaan cerita dia bagus, bermula dengan satu insiden yang menggemparkan satu kampung. Permulaan macam tu yang membuatkan kita makin tertanya-tanya dan ingin mencari punca sebenar kenapa insiden tu terjadi.


Lebih kurang sama macam JBNN (Jangan Baca Novel Ni) series, karakter-karakter dia ada kaitan antara satu sama lain. Walaupun karakter banyak, tak pening pun nak ingat sebab at the end semuanya ada relation dengan karakter yang kita dah kenal.


Seram. Dia punya tahap tu macam, lepas habis baca buku ni, you can't help untuk jadi terlebih aware of your surrounding. Macam boleh bayang tiba-tiba ada satu benda keluar dari salah satu penjuru bilik korang. Tak berani tidur dalam gelap untuk beberapa hari sebab terfikir-fikir benda tu muncul.


Seram dia memang tak lari elemen melayu (perempuan menangis, lembaga baju putih berdarah, makhluk bercangkung depan rumah dll) tapi percaya atau tak elemen melayu tu la yang membuatkan dia lagi seram walaupun dia satu elemen yang biasa kita tengok dalam filem-filem seram. Sebab, dia relevan di negara kita ni. Dan tak mustahil untuk terjadi kepada diri sendiri.


Walaupun ada elemen melayu, tetapi jalan cerita dia memang luar dari kotak melayu. Sedangkan apa yang akan terjadi pada next page pun kau tak boleh expect, ini pula nak expect dia punya ending. Waktu baca buku ni memang dah expect, dah buat teori awal dah yang salah satu main character kita "yang tu" akan mati, tapi saya buat teori lain untuk benda yang selalu ganggu dia... and tak expect pun yang selalu ganggu dia selama ni... ialah...


Ya Allah. Sedihnya...


Penulis ni dia memang ada talent luar biasa untuk menulis cerita seram a.k.a. horror. Tak pernah tak mindblown bila baca novel-novel dia.


Buku ni macam JBNN series versi kedua, but I'm not complaining since both series are a good horror-thriller reads of all time.



best wishes, 

You May Also Like

2 comments

  1. Nice review. Baca sinopsis buat fikiran macam melayang - layang. Deeply. Kunci, risiko dan ada ganjaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tbh I don't quite don't get the idea about anything waktu baca sinopsis dia mula2. Sebab nak tahu tulah saya decide utk baca satu novel :D

      Delete